HALAMAN 2
KELAS si adik dituju.
Dia melihat si adik dari luar kelas 5 PROGRESIF. Jarak kelas si abang dan si adik ini, tidaklah jauh mana dan lebih mudahlah dia memantau kegiatan adiknya itu.
Ada beberapa pasang mata yang perasan akan keberadaannya di situ lalu memaklumkan kepada si adik.
"Eh... Syaf. Abang kau datanglah. Tu dekat luar sana," kata salah seorang rakan kelas Syarifah Sakinah lantas dia berpaling sebelum menemui si abang.
"Ya, abang. Ada apa-apa ke yang abang nak cakap dengan adik? Abang tak ada kelas ke ni?'' soal si adik sambil tersenyum.
Lelaki itu masih berpeluk tubuh tanda tidak berpuas hati.
"Abang tak nak kau dekat dengan si Firdaus tu lagi. Abang tak suka!" selamba si abang bersuara.
Syarifah sudah mencebik bibir, "Esh, abang ni. Adik baru je nak kenalan dengan dialah. Bukan nak couple pun. Adik cuma nak berkawan ajelah dengan dia. Itu pun tak boleh, ke?''
Syed menjatuhkan tangannya dan memegang kedua bahu si adik, "Kalau abang kata tak boleh, bermakna tak boleh. Okey?"
Lelaki ni memang pegang sangat bab prinsip diorang. Ego tinggi melangit berpasakkan prinsip diri. Ngam sangatlah tu.
Perlahan-lahan si adik mengangguk. Kenal sangat dengan perangai abang kesayangannya yang satu ini. Protektif habis!
Gelagat mereka itu berdua itu disaksikan oleh rakan sekelas Syaf serta penghuni kelas yang lain.
Syed tersenyum, "Good girl!."
Dia menggosok rambut adik perempuannya itu.
"Em... satu lagi sebelum abang terlupa. Jangan suka mencebik bibir macam tadi. Abang tak suka! Apa lagi depan orang ramai dan di depan lelaki lain. Ia tak sopan sebab boleh buat lelaki tergoda dalam diam. Faham!"
Si abang sempat berpesan.
"Huh, okey. Adik ingat. Adik janji tak buat lagi," balas Syaf pula.
Si abang tersenyum sebelum berlalu. Urusan dengan adiknya sudah beres. Tinggal sahaja dia berurusan dengan si lelaki itu pula selepas ini.
''Kacaknya abang Syaf ni, kan?"
"Yalah. Cool pula tu..."
"Bestnya kalau jadi girlfriend dia, kan?"
''Hot habis!"
"Aduhai!"
"Dia, aku punya."
Pelajar perempuan sudah naik miang. Syaf yang melihat pun sedikit meluat.
Tatkala dia masuk ke dalam kelasnya semula, rakan-rakan perempuan khususnya sudah mengerumuninya kini.
"Eh, Syaf. Abang kau tu nampak lagi handsomelah kalau tengok dekat-dekat..."
"Sampaikan salam aku dengan dia, tau?"
"Aku nak berkenalan dengan abang kaulah."
"Dia hebat!"
Pening kepala Syaf mendengarnya dan akhirnya dia cuma mampu mengangguk sahaja.
'Abang punya pasallah ni. Gatal sangat nak pergi ke kelas adik, kenapa? Esh!' monolog si adik..
BILIK persalinan kaum lelaki dituju pula. Pandangan matanya meliar mencari 'suspek'. Apabila dia ternampak akan sosok tubuh yang dicari, dia mendekati si empunya diri.
"Aku nak kau jauhi adik aku! Jangan jumpa dia atau berkawan dengan dia. Aku tak suka!" Tanpa salam dia bersuara.
Si lelaki itu mengerut dahi, 'Apa hal pula dia ni? Aku tak kenal pun.'
Pelik dan aneh terasa tatkala seorang lelaki muncul seperti palesit itu tiba-tiba.
"Sorry, aku tak kenal kau dan aku tak faham apa yang kau cakapkan ni. Adik kau, siapa?" tanyanya pula.
"Syaf tu, adik aku. Aku ni, abang dia. Syed Syarif. Hurm... kaulah yang dia jumpa pagi tadi tu, kan? Firdaus, seorang pemain bola sepak terbaik sekolah yang jadikan perempuan untuk naikkan rating popular kau dekat sekolah ni. Kau fikir aku tak tahu? Huh!" ujarnya dengan terperinci sambil berpeluk tubuh.
Firdaus berdiri berhadapan dengannya kini, "Bukan aku yang mulakanlah tapi adik kau yang gatal nak jumpa aku."
Hinggap penumbuk sulung daripada Syed itu. Geram dia bila adiknya dikatakan sedemikian rupa. Dia tidak rela!
Firdaus sudah memegang rahangnya itu. Berbisa juga tumbukan lelaki yang bernama Syed Syarif ni.
"Itu sebagai amaran daripada aku. Jauhi adik aku kalau kau tak nak kena lebih dari itu. Faham?"
Abang si gadis tadi keluar dari bilik tersebut. Rakan-rakan Firdaus yang menyaksikan drama tadi sudah mara ke arahnya.
"Kau okey tak ni, Fir?" soal salah satu rakannya yang bernama Nazim.
Firdaus mengangguk sebentar sebelum bertanya, "Siapa dia tu? Suka-suka hati dia je nak tumbuk aku..."
Rakan-rakannya yang lain berpandangan sebelum Megat berkata, "Itulah Syed Syarif, budak tingkatan enam atas. Abang kepada Syarifah Sakinah yang kelas lima Progresif tu. Em... kalau kau nak tahu, dia tak suka adik dia tu dekat atau berkawan dengan lelaki. Dia sangat menjaga kebajikan adiknya tu serba-serbi. Jadi kalau kau tak nak ada masalah dengan dia, jangan dekat dengan adik dia, si Syaf itu. Ingat!"
Yang lain turut mengangguk tanda membenarkan kata-kata Megat sebentar tadi.
'Sampai macam tu sekali?' tanya Firdaus dalam hati dengan seribu rasa yang bercampur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan