RANTAI yang dililit pada tubuh mayat itu, diheretnya sehingga ke tingkat atas. Darah yang membasahi lantai dan setiap celah permukaan, dibiarkan tanpa rasa jijik. Setelah sampai ke tempat yang dituju, tombol pintu dibukanya seraya menapak masuk.
"Nafisah! Aku tak bersalah!" raung seorang wanita yang diikat dengan gulungan wayar.
Rontaan beberapa kali itu menyebabkan tangan dan kakinya melecet.
"Aku bawakan teman untuk kau, Maiya. Aku harap kau gembira. Hehehe..." ujar Nafisah tanpa mempedulikan kemahuan mangsanya.
"Nafisah, ini salah. Tak sepatutnya--"
"Kau diam, perempuan! Sebelum kau pulak yang aku bunuh!" potong Nafisah pantas. Dia geram akan rengekan anak keluarga angkatnya itu.
Jasad lelaki yang pecah kepala serta dilumuri cecair merah itu, diletakkannya di atas katil. Ia bersebelahan dengan mangsa seksaannya yang sedari tadi asyik membingitkan telinga.
Sebatang kayu golf dipegang di hadapan Maiya membuatkan Maiya menelan air liur.
"Cuba cakap! Mana kembar aku? Kenapa kau dan keluarga kau pisahkan kami?" soal Nafisah dengan nada yang lantang.
"Maafkan aku, Nafisah. Aku langsung tak tahu kenapa mak ayah aku buat macam tu. Tolonglah, Nafisah. Lepaskan aku."
Nafisah menggulingkan bebola matanya ke atas. Dia malas melayan lantas meninggalkan Maiya tanpa banyak kata. Dia ingin menemui seseorang demi sebuah penjelasan.
Sungguh! Tiada yang menyangka wajah comel gadis itu, terlalu banyak menyimpan kedukaan.
PRAK! Tendangan pada pintu rumah itu menyebabkan si empunya penghuni kecut perut.
"Na... Nafisah? Ap... apa kau nak buat ni?" tanya lelaki itu dengan gagap.
"Kata kat aku, di mana keluarga kau sorokkan Nayla?" Tanpa berbasa-basi, gadis itu menarik baju anak lelaki jirannya.
Dzham cuba berusaha untuk berbicara dengan tenang. Perwatakan gadis itu berubah mendadak. Dahulunya, Nafisah boleh dikatakan manja-manja nakal. Tetapi di hadapannya kini, adalah Nafisah yang baru.
"Aku tak tahu apa-apa pasal Nayla. Serius! Aku tak tipu kau!"
Lantas Nafisah menolak Dzham ke lantai. Kesemua bilik dan juga ruangan digeledahnya untuk mencari bukti.
"Kau ikut aku!" Gadis itu menarik lengan Dzham yang berlapik.
Kunci kereta dicapai dan mereka berdua bergerak ke garaj. Nafisah memaksa lelaki itu menghidupkan enjin kereta sebelum mereka bertolak ke suatu tempat.
Dalam masa 20 minit, akhirnya mereka tiba juga di sebuah gudang usang.
Sewaktu mereka mendekati kawasan itu, kedengaran jerit payah seorang gadis.
"Argh! Jangan, pak cik! Bukan salah Nayla. Tolonglah, pak cik. Nayla tak tahu..."
"Kau memang pembawa malang. Sama dengan kembar kau, si Nafisah tu. Ha. Memang patut pun dia mati di dalam hutan sana."
Perbualan itu membuatkan Nafisah menggenggam erat batang golf tadi. Kesumat meledak dan tanpa banyak kata, diterjahnya ruangan itu.
"Wuuu... kau masih hidup rupanya. Aku fikir kau dah mati dibaham harimau dalam hutan tu. Hahaha..." Pak Cik Tori mengejeknya lagi. Persis yang selama ini dia terima.
"Nafisah, tolong aku!" rayu Nayla dengan linangan air mata. Keadaan yang kusut-masai itu telah menggusarkan hati kembarnya.
'Nayla...' bisik Nafisah lagi.
Dia perlahan mara ke hadapan. Semakin dia menghampiri, semakin berani lelaki tua itu menghiris kulit Nayla dengan sebilah pisau.
Dzham menyelit masuk ke dalam gudang lalu mencari alternatif untuk menolong Nayla.
"Cukuplah pak cik dah bunuh adik pak cik sendiri. Jangan tambahkan lagi mangsa kegilaan pak cik tu! Dan sepatutnya, pak cik boleh terima kematian Mak Cik Ayuni adalah disebabkan ajal bukan gara-gara kami berdua!" Nafisah mula berkata-kata.
Walaupun kisah hidup dirinya dan Nayla umpama kisah Cinderella, tapi apa yang dilaluinya kini lebih tragis daripada itu.
Nafisah dan Nayla dijadikan keluarga angkat setelah mendapatkan persetujuan sebuah rumah anak-anak yatim. Tiga tahun pertama, ia hanya biasa. Namun, tragedi berdarah bermula di kala kematian isteri lelaki itu dengan penuh misteri.
Dan mereka berdua tidak menyangka bahawa pak cik angkatnya itu adalah seorang psiko.
"Pasal korang berdualah, bini aku mati! Dia stress jaga korang yang perangai entah apa-apa ni, tau tak?" ujar Pak Cik Tori lagi.
Dia cuba menangkap Nafisah. Tetapi gadis itu tangkas menerajang perutnya sebelum belakang tengkuk Pak Cik Tori dihambatnya menggunakan kayu golf tadi.
Darah keluar dari mulut.
"Kau sepatutnya tak patut buat kami macam ni!" Muka lelaki itu ditumbuknya, "Kau dah menganiaya anak yatim, kau tahu?" Lantas Nafisah memijak perut Pak Cik Tori yang telah terbaring di lantai gudang.
Dia amat benci ayah angkatnya itu. Sudah cukup lama dia memendam amarah. Kini, Nafisah ingin membalas segala keperitan dan kesengsaraan mereka dua beradik.
Dzham berdiri menghadap Nafisah dan Nayla yang baru dilepaskannya tadi. Kemudian, mereka bersama-sama melakukan sesuatu.
Tubuh Pak Cik Tori dipapah oleh Dzham. Manakala, Nayla dan Nafisah membuka sebuah pintu kecil untuk ke ruang bawah tanah dalam gudang tersebut.
Seusai mereka bertiga masuk ke sana, lelaki tadi diletakkan di dalam sebuah peti keranda. Ia diperbuat daripada tanah dan dilapisi dengan besi. Nayla segera menyalakan api dibawahnya apabila Nafisah selesai menuang minyak tanah.
Api semakin marak dan bahangnya semakin terasa. Sayup-sayup kedengaran raungan Pak Cik Tori di situ.
"Huwargh! Panas!"
Mereka bertiga tergelak bersama.
"Haha... padan muka kau, lelaki tak guna!" Nafisah sempat menyumpah.
Si kembar itu berpelukan seketika sebelum Dzham mencelah di antara mereka.
"Dahlah tu. Kita kena balik ke rumah korang semula. Maiya masih ada di sana dengan mayat Pak Cik Jun. Jadi, jangan buang masa lagi..." ujar Dzham seraya berlalu naik ke atas.
Mereka bertiga hanya membiarkan tubuh lelaki yang bernama Tori itu hangus dijilat api. Kerana itu adalah penyeksaan yang terbaik bagi mangsa mereka.
MINYAK tanah disimbah di sekeliling rumah banglo dua tingkat itu. Nafisah pula memerhati keadaan sekitar. Khuatir aktiviti mereka diketahui oleh jiran-jiran.
Nayla keluar dari rumah itu dengan senyuman yang cukup menggambarkan bahawa dirinya gembira.
"Hurm. Aku dah simbah kat semua tempat. Korang dah boleh hapuskan bukti," kata Dzham sebelum menyuakan pemetik api kepada Nafisah.
Nayla tersenyum sambil mengangguk, "Nyalakanlah cepat," sambungnya lagi.
Dengan hati yang diselaputi dendam dan benci, pemetik api dibuka lalu dilontarkan ke arah banglo itu tadi. Api merayap mengikuti laluan simbahan minyak tanah.
Pada waktu itu, kisah lama muncul bergentayangan.
"Kau pergi basuh baju kotor tu, sekarang!" arah Mak Cik Ayuni kasar sambil menarik rambut Nafisah dengan kuat.
Maka terjeritlah anak angkatnya yang satu itu, "Aduh! Mak cik, sakit. Jangan buat Isah begini, mak cik," rayunya pula. Namun, wanita yang merangkap ibu angkatnya itu, langsung tidak mempedulikannya.
"Ha! Aku dah kata banyak kali. Rumah ni bukan rumah kau. Kau tu cuma menumpang je. Tak sedar diri lagi ke, Hah?"
"Sakit, mak cik. Ampunkanlah Isah, mak cik. Isah janji akan buat semua kerja dalam rumah ni."
Nayla yang baru pulang dari sekolah pula, menuju ke arah jeritan itu.
"Mak cik. Jangan buat Kak Isah macam ni. Lepaskan dia."
Mak Cik Ayuni menolak kedua anak yatim itu ke lantai secara serentak. Dia geram.
"Ha. Ngam sangatlah tu. Dua beradik duduk kat dapur ni. Korang ingat, eh! Rumah ni kena sentiasa bersih dan kemas. Korang kena masak, cuci baju macam yang selalu aku buat. Kalau korang tak buat, siaplah korang nanti. Huh!"
"Mak, Nayla dan Nafisah rosakkan beg sekolah Maiya..."
Mak Cik Ayuni mencerlung tajam, "Budak bertuah! Korang berdua memang nak kena dengan aku. Nah! Rasakan ni!"
Maiya tersenyum sinis melihat adik-adik angkatnya itu dipukul oleh ibu sendiri.
...
Nafisah memeluk lutut sambil menangis di penjuru bilik. Pakaian koyak di tubuhnya itu menjadi saksi akan tragedi durjana terhadap dirinya.
"Ingat, Nafisah. Bila aku nak, kau kena bagi!" pesan Pak Cik Tori.
"Jom kita pergi, Kak Isah."
'Padan muka! Akhirnya, dendamku terbalas...' Nafisah berpaling sambil tersenyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan